Persatuan Pemborong Binaan Malaysia (MBAM) berkata kenaikan RPGT harus dikekalkan bagi tempoh yang muktamad.
Dalam pengumuman Bajet 2014 hari Jumaat, RPGT akan dinaikkan kepada 30 peratus bagi harta yang dilupuskan dalam tiga tahun pertama bagi individu dan korporat berbanding 15 peratus sebelumnya.
RPGT telah dinaikkan kepada 20 peratus bagi harta yang dijual dalam tempoh empat tahun dan 15 peratus bagi harta yang dilupuskan dalam tahun kelima bagi kedua-dua individu dan korporat.
Bagi harta yang dilupuskan dalam tahun keenam dan tahun-tahun berikutnya, tiada RPGT dikenakan ke atas individu, tetapi syarikat-syarikat dikenakan cukai sebanyak lima peratus.
Pakar ekonomi dan pensyarah pelawat Institut Asia-Eropah, Universiti Malaya, Dr Jorah Ramlan, berkata sekarang sudah ada pengasingan RPGT antara korporat dan individu berbanding kadar seragam sebelumnya, agar dapat dinilai tahap belian spekulatif oleh korporat dan individu.
"Belian spekulatif menjejaskan golongan berpendapatan sederhana," katanya kepada Bernama.
Dalam satu kenyataan, MBAM berkata ia juga mengalu-alukan komitmen kerajaan untuk menggalakkan pemilikan rumah dengan pengenalan dasar perumahan mampu milik yang lebih komprehensif dengan peruntukan sebanyak RM1.9 bilion bagi 123,000 rumah mampu milik.
Di samping itu, ia menyambut baik berita tentang peruntukan belanjawan bagi projek-projek prasarana lain seperti RM312 juta untuk menaik taraf beberapa lapangan terbang termasuk Kota Kinabalu dan Sandakan di Sabah, dan Miri, Sibu dan Mukah di Sarawak.
Sementara itu, Persatuan Bank-Bank di Malaysia (ABM), berkata semakan RPGT akan mengelakkan kegiatan spekulasi yang tidak sihat.
ABM, dalam satu kenyataan, juga mengalu-alukan peruntukan Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA) sebanyak RM1 bilion bagi 80,000 unit perumahan dan berkata bank-bank yang mengambil bahagian akan terus menyokong inisiatif ini dengan menyediakan pinjaman kepada pemohon-pemohon yang layak.
-- BERNAMA