Adsense

Tuesday, 12 November 2013

SISTEM SARAAN TRANSFORMATIF - CUEPACS MINTA KERAJAAN PERCEPAT KAJI SEMULA ELAUN

CUEPACS meminta kerajaan mempercepat kajian semula semua jenis elaun dan insentif penjawat awam bagi menseimbangkan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata pihaknya sudah menghantar semua maklumat berkaitan perkara itu kepada Perbendaharaan awal tahun ini dan hanya menunggu untuk dipanggil bagi memberi penjelasan lanjut mengenainya. “Bagaimanapun, sehingga kini kami belum dipanggil untuk membincangkan perkara itu. Justeru, kita minta Perbendaharaan mempercepatkan kajian semua elaun serta insentif baru dalam perkhidmatan awam yang tiada dalam Bajet 2014, baru-baru ini. “Kajian berkenaan perlu dilakukan secara menyeluruh, contohnya menaikkan elaun perumahan, penyelarasan elaun bantuan sara hidup (COLA) dan pinjaman perumahan,” katanya pada sidang media selepas mengadakan perjumpaan dan sesi dialog bersama warga Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak, di sini, semalam

Selain itu, beliau berkata, pihaknya juga berusaha untuk mempercepat pelaksanaan Skim Saraan Transformatif (SST) kepada kira-kira 700,000 penjawat awam di negara ini yang belum menerima tawaran opsyen itu. 

Sebelum ini, katanya, 600,000 penjawat awam yang terbabit dalam 81 skim perkhidmatan awam yang ditambah baik dalam Bajet 2014 sudah menerima opsyen berkenaan, tetapi kongres mempunyai 1.3 juta penjawat awam seluruh negara. 


- SUMBER : CUEPACS & BERITA HARIAN